Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Masters Malaysia: Malaysia Tamat Penantian 12 Tahun, Sah Juara Beregu Lelaki

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul kejuaraan dalam kategori beregu lelaki di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila dua wakil negara berjaya menempah tiket ke final.

Menurut laporan Astro Arena, gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan separuh akhir yang penuh mendebarkan sebentar tadi.

Foto: The Star

Pertembungan antara juara Asia dan pasangan ranking nombor satu dunia itu menyaksikan pertarungan sengit tiga set, disambut sorakan gemuruh penyokong tempatan di Axiata Arena.

Aaron-Wooi Yik memulakan permainan dengan cemerlang apabila meraih kemenangan set pertama 21-19 dalam tempoh 21 minit. Namun, wakil Denmark bangkit dalam set kedua dan mempamerkan aksi bertenaga untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-17.

Tidak goyah dengan tekanan, pasangan negara kembali menemui rentak dalam set ketiga dan menguasai gelanggang sepenuhnya sebelum mengesahkan kemenangan 21-15.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan ini bukan sahaja membawa mereka ke pentas final, malah turut mengesahkan gelaran juara menjadi milik Malaysia apabila mereka bakal bertemu rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam ‘perang saudara’ di aksi akhir esok.

Foto: MSN

Kali terakhir Malaysia menjulang gelaran beregu lelaki di kejohanan ini adalah pada tahun 2013 menerusi pasangan Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Dengan prestasi cemerlang ditampilkan Aaron-Wooi Yik dan Man-Tee, peminat sukan badminton tanah air boleh menantikan satu lagi detik bersejarah yang bakal mengukuhkan dominasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber: Astro Arena (Najmi Iman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor diperluaskan kepada radius...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd