Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Cadangan Bayar Pencen Bulanan Melalui KWSP Masih Di Peringkat Kajian – Amir Hamzah

Cadangan untuk melaksanakan mekanisme pembayaran bulanan kepada pencarum KWSP selepas bersara masih di peringkat kajian dan belum dilaksanakan.

 Menurut laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang memaklumkan bahawa KWSP sendiri telah menjelaskan status semasa cadangan tersebut.

Masih di peringkat kajian

Masih di peringkat kajian

Foto: Bernama

“Namun, dari sudut dasar, sekiranya kita dapat beralih kepada sistem seperti pencen, di mana simpanan disalurkan dan dibayar secara berperingkat, ia mungkin lebih baik untuk negara.
“Ini kerana ia boleh menjamin bahawa pencarum mempunyai simpanan mencukupi apabila mereka bersara kelak,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2025 di sini, hari ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan sedang meneroka mekanisme baharu bagi memastikan pencarum KWSP menerima pendapatan berterusan selepas bersara melalui bayaran pencen bulanan, berbanding sistem sedia ada yang membenarkan pengeluaran sekaligus.

Cadangan ini melibatkan pembahagian caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan dimana ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian simpanan, sambil menerima bayaran bulanan selepas bersara.

Jelas Amir, langkah ini bertujuan mengelakkan situasi di mana pencarum menghabiskan simpanan mereka terlalu cepat selepas bersara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gabenor BNM Dedah Ekonomi Negara Stabil Walaupun Depani Cabaran Global

Masih di peringkat kajian

“Akibatnya, apabila mencapai usia tua, mereka tidak lagi mempunyai simpanan yang mencukupi. Oleh itu, perkara paling penting ialah kita lakukan kajian secara menyeluruh dan teliti. Hanya selepas kajian itu selesai dan mendapat kelulusan, barulah kita boleh laksanakan cadangan ini.
“Saya percaya dalam kajian itu nanti, kita akan menilai cara pelaksanaan yang paling praktikal. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, cadangan ini akan tertumpu kepada pencarum baharu KWSP, bukan kepada pencarum sedia ada.
“Bagaimanapun, bagi pencarum sedia ada, jika ada pilihan untuk menyertai skim ini, mereka boleh diberi peluang untuk memilih masuk secara sukarela,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd