Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Masih Berhubung Dengan Isteri, Baim Wong Mahu Ketenangan Elak Baca Komen Netizen

Walaupun berdepan kemelut rumah tangga, pelakon popular Indonesia Baim Wong memilih untuk menjalani hidup dengan tenang bersama dua cahaya matanya.

Memetik laporan mStar, Baim atau nama penuhnya Muhammad Ibrahim, 43, berkata, kekuatannya ketika inilah adalah tidak ‘berperang’ dengan emosi sendiri selain menegaskan tiada perkara yang harus ditakutinya.

“Alhamdulillah doakan yang baik-baik untuk saya, keluarga dan juga Paula, insya-Allah.
“Kekuatan saya? Berdamai dengan diri sendiri dan jangan membenci sesiapa. Kalau sudah jujur saya terima apa sahaja,” katanya kepada media selepas majlis tayangan gala filem seram arahannya berjudul Lembayung.

A view of the sea

Foto: Harian Metro

Mengenai ribuan komen negatif yang diterima, Baim mengakui jiwanya tidak ‘kebal’ dalam membaca segala kecaman dan tohmahan netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada komen yang boleh dan tidak perlu dibaca. Saya seorang yang sensitif, adakalanya apa yang dibaca buat saya berfikir, jadi lebih baik elakkan.
“Namun, saya tidak pernah menyalahkan orang dan jangan sesekali berdendam dengan individu yang melemparkan kata-kata negatif kerana energi tersebut akan berbalik kepada kita,” ujarnya.

Enam tahun menikah, Baim Wong ajukan talak cerai terhadap Paula Verhoeven - CNA.id: Berita Indonesia, Asia dan Dunia

Foto: Carian Google

Baim turut memerihalkan tentang hubungannya dengan Paula masih baik dan kekal berhubung sehingga hari ini dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah atas segala kemungkinan.

“Anak-anak semuanya dalam keadaan baik. Kami masih berhubung dan WhatsApp sehingga hari ini.
“Doakan sahaja yang terbaik untuk kami (sekiranya kembali berbaik),” katanya lagi.

Selepas Lembayung, Anna Jobling terima tiga lagi tawaran filem di Indonesia

Foto: Carian Google

Lembayung merupakan filem seram pertama arahannya, Baim turut berharap agar mendapat sambutan hebat di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem tersebut yang bakal ditayangkan bermula 5 Disember depan dibintangi pelakon, Anna Jobling selain bintang popular Indonesia seperti Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka dan Daffa Wardhana.

Terdahulu, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2018, namun Baim memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu kerana mendakwa Paula berlaku curang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Kiano, tiga tahun, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Sehingga kini, perbicaraan kes perceraian mereka masih berlangsung di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd