Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masalah Kewangan Dipercayai Punca Suami Pukul Isteri Guna Tukul Hingga Mati

Kejadian seorang suami tergamak membunuh isterinya dengan menggunakan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu, semalam benar-benar mengejutkan ramai.

Terbaharu, pihak polis menyatakan mereka tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa masalah kewangan menjadi punca mangsa, Rubiah Sabtu dipukul suami.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ia adalah berdasarkan siasatan awal yang dijalankan oleh pihaknya.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 32 tahun dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek ada masalah kewangan dan dia juga bebas daripada pengaruh dadah,”ujarnya.

Dalam pada itu, Baharudin Abdullah mengatakan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan cedera di kepala disebabkan objek tumpul,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita maut dibunuh suami sendiri dengan menggunakan tukul besi di Kampung Besol. Mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Suspek yang juga bekerja sebagai tukang rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi tadi. Difahamkan, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Sumber: Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)

“Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan cedera di kepala disebabkan objek tumpul,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media semalam melaporkan seorang wanita maut disyaki dibunuh suaminya sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai tukang rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd