Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Masalah ‘Insiden Haba’ Punca PROTON Panggil Semula Model X90

Baru-baru ini, Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memanggil semula model X90 ekoran masalah pendawaian yang boleh mengundang kepada “insiden haba”.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pihak PROTON di laman Facebooknya yang memaklumkan, pihaknya mendapati terdapat masalah sambungan pembumian kepada badan kereta selepas siasatan dilakukan oleh sekumpulan pakar produk dari Proton dan Geely.

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/posts/pfbid0LwkjfjXDYYiMqkzAD1nTVzP6X8yyzM3fxTwdfQBP9YQU1CCiN6BVV3HEw1GMLQbAl

”Ia boleh menyebabkan terlalu panas di kawasan penghubung apabila arus besar berterusan melaluinya dan boleh mengakibatkan kejadian haba disebabkan berdekatan dengan bahan kalis bunyi,” kata PROTON.

Demi menjaga keselamatan serta nyawa , pengeluar kereta nasional itu akan menghubungi  semua pemilik X90 secara individu untuk mengatur temu janji bagi kerja penambahbaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

”Jika perlu, tindakan pemulihan akan diambil oleh pusat servis bagi menghapuskan sebarang risiko haba,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, pemilik Proton X90 juga boleh menghubungi sendiri pusat 3S atau 4S terdekat bagi membuat temujanji pemeriksaan ini, atau hubungi talian bantuan Proton menerusi nombor 1-800-88-8398.

Sekadar info, Proton X90 adalah model terkini yang dilancarkan pada Mei lalu namun sebelum ini pernah tular di media sosial sebuah kereta mirip model tersebut terbakar pada bulan lepas.

Sumber: Facebook @Proton Cars

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd