Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mas Ermieyati Persoal Kunjungan Kadet Tentera Laut China – “Bukan Pelajar Seperti Dinyatakan Fadhlina”

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Foto: TheSun

Menurut laporan malaysiakini, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menafikan penjelasan Fadhlina berhubung kehadiran kadet dari China adalah pelajar bagi program pertukaran budaya.

Mas berkata, dakwaan Fadhlina berkenaan lawatan itu aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sek Men Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia – China.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kenyataan itu tidak benar kerana 165 orang kadet People’s Liberation Army Navy (PLAN) dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) tersebut adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh PLAN, bukannya pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh Fadhlina.
“(Mereka itu) seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: TheStar

Semalam, media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan kehadiran tentera dari China di sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, pada 5 Oktober adalah tidak benar.

Sebaliknya, Fadhlina berkata kumpulan tersebut merangkumi pelajar-pelajar dan pensyarah dari Naval University of China yang mengambil bahagian dalam program sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Mas Ermiyati turut mempertikai kunjungan para kadet tersebut yang dikaitkan dengan ulang tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menyatakan bahawa sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China sepatutnya diraikan pada 31 Mei 2024, manakala sambutan revolusi Komunis China pula jatuh pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi komunis China sekali gus meraikan penubuhan RRC?,” ujarnya.

Mas Ermiyati turut mengkritik layanan istimewa yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada rombongan tersebut yang dianggapnya tidak wajar.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd