Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Wakil Malaysia Cipta Kejutan, Manvin Khera Dinobat Miss Talent & Miss Globe 2023

Miss Globe Malaysia 2023, Manvin Khera mencipta kejutaan apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Globe 2023 yang berlangsung di Albania.

Hal ini dikongsikan Instagram themissglobe dengan memuat naik video waktu pengumuman pemenang dinyatakan.

Ratu cantik dari Malaysia cipta kejutan

Sudah tentu usaha gigih yang dilakukan Manvin Khera membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan deretan peserta dari beberapa negara sebelum memegang takhta Miss Globe 2023.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by The Miss Globe (@themissglobe)

Manvin Khera rangkul anugerah Miss Talent jua

Difahamkan, para peserta pertandingan Miss Globe ini perlu menghadapi beberapa cabaran sebelum layak ke pusingan Top 15 dan Top 5.

Di awal pusingan, Manvin dilihat sudah berjaya menambat hati para juri dalam acara swimsuit, talent dan head to head challenge. Dia juga sentiasa berada di kelompok yang terbaik dan berjaya merangkul anugerah Miss Talent 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manvin Khera catwalk dengan sempurna

Manvin dilihat tenang dan teruja apabila namanya disebut oleh pengacara sebagai peserta yang layak berada di Top 15 dan Top 5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga telah memberikan jawapan cukup bernas sewaktu sesi soal jawab dan boleh dikatakan profesional serta relevan buat para juri.

Cara Manvin  ‘catwalk’ dan raut wajahnya turut terlihat sangat sempurna ketika memperagakan beberapa busana di acara berprestij terbabit.

View this post on Instagram

A post shared by Aanvi Kher 🌹 (@aanvikher)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, peserta dari Sepanyol terpaksa berpuas hati dikedudukan kedua diikuti Filipina. Tempat keempat dan kelima pula diisi oleh peserta dari Nigeria serta USA.

Sumber: Instagram themissglobe, aanvikher

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Sosial

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya. RHB dalam satu kenyataan memaklumkan,...

Lokal

Pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya di Kampung Sekolah Juru pada 18 Oktober lalu dipercayai bermotifkan dendam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Aizee Ismail...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd