Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Keempat Nahas Bas, Ustazah Dahlia Meninggal Dunia

Seorang lagi guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka menjadi mangsa keempat meninggal dunia selepas nahas rombongan bas dalam perjalanan ke Terengganu pada Ahad.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa Dahlia Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 9.30 malam tadi.

Foto: Berita Harian

Nor Azman berkata, seramai 25 mangsa telah dibenarkan keluar setelah menerima rawatan pesakit luar manakala 10 lagi masih menerima rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Pemergian mangsa yang berusia 52 tahun itu menjadikan jumlah mangsa maut empat orang iaitu Penolong Kanan SK Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29; dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Foto: FB Adzira Adzman

Terdahulu, nahas berlaku ketika bas yang membawa seramai 39 penumpang termasuk dua pemandu itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Difahamkan, bas persiaran tersebut dalam perjalanan membawa rombongan guru sekolah bersama anak mereka untuk menghadiri program penanda aras di Terengganu.

Sumber: Berita Harian (Asrol Awang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Lokal

Seorang guru disiplin cedera dipercayai selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, yang dipercayai berpunca daripada tindakan menggunting rambut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd