Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Aduan berkaitan mangsa gangguan seksual melibatkan golongan lelaki yang diterima menerusi  Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kementeriannya menerima sebanyak 1,486 kes aduan berkaitan gangguan seksual menerusi  PSSS  sepanjang tempoh 14 siri  Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual diadakan.

Artikel lain: KPWKM Mahu Gangguan Seksual Dihapuskan, Tingkat Kempen Kesedaran

“Daripada jumlah itu, sebanyak 411 kes (27.7 peratus)  melibatkan mangsa lelaki,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Pada 29 Okt lepas,  beliau berkata PSSS  menerima 1,213 laporan daripada mangsa gangguan seksual  sepanjang 12 siri Program Jerayawara sejak dilancarkan Mei lepas dengan 351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, menjawab soalan  Senator Datuk Husain Awang mengenai sejauh mana keberkesanan Program Jerayawara mampu mengelakkan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja.

Aiman Athirah berkata berdasarkan maklum balas 97.6 peratus  peserta program itu menunjukkan peningkatan terhadap tahap kesedaran dan pemahaman berkaitan gangguan seksual.

“Bagi memastikan gangguan seksual difahami dan meningkatkan kesedaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri melibatkan 19,423 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata pelbagai program advokasi diadakan bersama pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi pencegahan dan meningkatkan kesedaran gangguan seksual di premis masing-masing.

“Sebanyak 54 program advokasi telah dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melibatkan 9,354 peserta.
“Selain itu, promosi serta hebahan juga diperluas  melalui media sosial dan media massa melibatkan seramai 3.5 juta pendengar, penonton dan pembaca,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd