Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mana Nak Lari? Selamba Baling Botol Arak Ke Jalan Raya, Suspek Sudah Dikenal Pasti

Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang membaling botol dipercayai minuman keras ke arah jalan raya Lebuhraya Akleh, berhampiran susur keluar ke Jalan Sultan Ismail, Kuala lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, proses bagi mengesan suspek sedang giat dilakukan pada ketika ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan mengesannya sedang dilakukan.
“Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan selain menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dengan sebarang kesalahan yang melanggari undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki dengan selamba membaling botol kaca dari balkoni sebuah residensi ke arah jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman berdurasi itu 11 saat itu turut kelihatan jalan raya berlaku kesesakan, namun tidak dapat dipastikan sekiranya botol tersebut terkena pada kenderaan atau tidak.

Sumber: Harian Metro (Safeek Affendy Razali), Twitter @redzuanNewsMPB

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd