Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas Ryuji, Pengadil Korea Selatan Pula Diserang Peminat Harimau Malaya

Perlawanan aksi separuh akhir pertama antara Malaysia menentang Thailand dalam saingan Piala AFF 2022 berkesudahan dengan jaringan tunggal pemain negara, Faisal Halim.

Jika diikutkan skuad Harimau Malaya berpeluang membawa bekalan dua gol ke tempat lawan pada Selasa ini, namun jaringan itu dinafikan oleh pengadil, Kim Dae Yong.

Pengadil dari Korea Selatan itu mendakwa tandukan pemain tempatan, Dominic Tan yang masuk ke gawang gol Thailand adalah tidak sah. Malah, dia juga mengatakan Dominic telah menyiku pemain Thailand iaitu Pansa Hemviboon.

Keputusan itu sekali gus membuatkan penyokong berasa tidak puas hati sepertimana dilakukan oleh pengadil Jepun, Ryuji Sato sewaktu Malaysia menentang Vietnam tempoh hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan Kim Dae Yong juga mencetuskan suasana tegang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Akaun Facebook Kim Dae Yong diserang

Seperti dijangka, akaun Facebook Dae Yong akhirnya menjadi mangsa serangan susulan peminat Harimau Malaya yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dari Korea Selatan itu.

Masing-masing kelihatan ‘seronok’ dan ‘asyik’ meninggalkan komen di setiap hantaran yang dibuat oleh pengadil berkenaan di laman Facebook. Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada akaun berkenaan merupakan laman rasmi Dae Yong.

Terdahulu, pengadil Ryuji Sato dari Jepun juga pernah mendapat kecaman penyokong ekoran keputusan tidak tepatnya sewaktu perlawanan antara skuad kebangsaan bertemu Vietnam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya ramai tidak berpuas hati apabila Sato melayangkan kad merah kepada pemain Harimau MalayaAzam Azmi Murad yang didakwa mengasari Doan Van Hau diluar garisan padang pada aksi perlawanan Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 27 Disember lalu.

Sumber: Facebook Kim Dae Yong

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd