Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Man United Layak Kalah Kerana Tiada Keyakinan Diri..”-Ten Hag

Berita kekalahan pasukan Manchester City membenamkan Manchester United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam sangatlah mengecewakan ramai peminat.

Siapa sahaja tak patah hati dan berang apabila pasukan kebanggaan ramai dibelasah teruk 3-6 dengan Manchester City. Namun, lain pula bagi pengurus pasukan United iaitu Erin Ten Hag.

Ten Hag berkata, Manchester United mendapat apa yang selayaknya apabila dibelasah oleh Manchester City disebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan menewaskan juara EPL itu.

Buat kali kedua dalam tujuh perlawanan di bawah kendalian Ten Hag, United jauh ketinggalan 0-4 ketika rehat apabila City dilihat mengamuk sakan di Stadium Etihad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Erling Haaland dan Phil Foden melengkapkan hatrik masing-masing selepas berehat dan jaringan berganda diberikan oleh Anthony Martial pada hujung perlawanan berjaya mengelak United mengalami kekalahan rekod sekali lagi dalam aksi Manchester derby.

“Ia mudah saja, kurang keyakinan diri.
“Apabila anda tidak yakin ketika berada di padang, anda tidak akan menang perlawanan dan ia sukar diterima.
“Kami tidak berdisiplin dalam mematuhi peraturan dan kami dibelasah, ini yang berlaku hari ini.”kata Ten Hag.

United bangkit selepas kekalahan memalukan 0-4 di Brentford pada Ogos lalu dengan meraih empat kemenangan berturut-turut dalam liga.

Bagaimanapun, impian mereka merapatkan jurang dengan City terkubur pada babak pertama apabila anak buah Pep Guardiola sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol.

“Bagi saya, ia cukup mengejutkan. Kami tidak mampu berada di depan, kami tidak berani bersama bola dan ada ruang untuk bermain, tetapi kami tidak cukup berani.
“Semua kredit kepada City, tetapi tiada apa yang boleh dibuat dengan City. Prestasi kami tidak cukup bagus. Ada yang perlu dilakukan mengenai keyakinan pemain secara individu dan pasukan.”jelas Ten Hag.

United kembali bangkit pada babak kedua apabila Antony menjaringkan gol kedua peribadi sejak dia menyertai Ten Hag berpindah dari Ajax ke Old Trafford, sebelum Martial menjaringkan dua gol dalam enam minit terakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, keputusan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan sepanjang permainan menimbulkan persoalan ramai sama ada Ten Hag mungkin mengetepikan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu pada keseluruhan musim ini.

Sumber: NST

Avatar
Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Sosial

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Sukan

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab. Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.