Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Malaysia Tetap Dengan Pendirian, Syarikat Israel Dilarang Masuk Ke Pelabuhan Negara

Malaysia berpegang teguh dengan pendirian untuk menghalang mana-mana syarikat dari Israel untuk berlabuh di pelabuhan negara.

Menerusi laporan Kosmo! Online, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak memberi keizinan untuk syarikat yang berdaftar mahupun milik Israel sendiri untuk menggunakan pelabuhan negara ini.

Foto: IG Anwar Ibrahim

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang memberi keizinan untuk kapal kargo milik rejim zionis, Zim Integrated Shipping Services tersebut masuk ke dalam Malaysia sebelum dibatalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak ada. Kita tidak benarkan. Yang benarkan pada tahun 2002 itu Tun Mahathir, bawa masuk ZIM, kita sudah batalkan.
“Yang benarkan kapal Israel masuk itu Mahathir masa dia jadi Perdana Menteri, dia bagi alasan. Kemudian diteruskan sehinggalah kita batalkan, jemaah menteri batalkan, itu pendirian kita,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian setelah Dr Mahathir menggesa pihak kerajaan untuk mengusir dua syarikat pembekal senjata negara haram berkenaan iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang dikatakan turut hadir di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2024, semalam.

Walaupun begitu, kedua-dua syarikat berkenaan dilaporkan tidak memiliki sebarang perkaitan dengan negara Israel seperti yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri terbabit.

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, selepas hampir lima bulan Anwar membuat pengumuman tentang larangan semua kapal negara Zionis untuk menggunakan pelabuhan negara, terdapat sebuah portal berita yang mendakwa kapal kargo Israel telah berlepas dari Malaysia pada minggu lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Ridzauddin Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd