Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Techlympics Tarik 652,613 Peserta Sejak Julai 2024 – MOSTI

Malaysia Techlympics 2024 mencatat kejayaan dengan penyertaan memberangsangkan seramai 652,613 peserta sejak pelancarannya pada Julai 2024 dengan penyertaan seramai lebih 2,000 orang peserta dari 538 pasukan.

Program itu merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata program tersebut selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

“Pelan ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dalam usaha untuk menggerakkan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembudayaan dan aktiviti kesedaran STI secara besar-besaran di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program perdana Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) iaitu Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan berlangsung serentak 17 – 18 November 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, program MSN tahun ini mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan hampir 100,000 pengunjung hadir di lapan siri Karnival MSN di seluruh negara.

Aktiviti dalam talian MSN yang bermula pada April hingga Oktober 2024 pula telah berjaya menarik penglibatan hampir 2.4 juta peserta dari seluruh negara.

Penganjuran MSN yang memasuki tahun ketujuh sejak pelancarannya pada 2018 membuktikan komitmen berterusan MOSTI dalam membudayakan STI dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Karnival MSN menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran berteraskan STI, demonstrasi sains dan bual bicara yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: BERNAMA

Pada majlis sama, Lih Kang turut menyampaikan Anugerah Saintis Muda Negara yang melibatkan lima kategori utama iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan dengan hadiah wang tunai RM20,000 bagi setiap kategori.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua program ini boleh diperoleh melalui laman web rasmi minggusainsnegara.mosti.gov.my dan www.mytechlympics.com.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd