Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia-Korea Selatan Perkukuh Kerjasama Pasaran Karbon Dua Hala

Malaysia dan Korea Selatan mengukuhkan lagi kerjasama dalam menangani perubahan iklim melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pendekatan kerjasama dua hala di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris.

Perkukuh kerjasama pasaran karbon dua hala

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, perjanjian itu mengukuhkan komitmen kedua-dua negara untuk mencapai sasaran Sumbangan Yang Ditetapkan Secara Nasional (NDCs) di bawah Perjanjian Paris.

“Malah, ia aspirasi jangka panjang masing-masing sambil mempromosikan pembangunan mampan dan integriti alam sekitar. MoU itu juga selaras dengan keputusan rundingan Artikel 6 yang diterima pakai pada UNFCCC COP29 di Baku, Azerbaijan,” kata NRES dalam satu kenyataan pada Rabu.

MoU tersebut ditandatangani oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Alam Sekitar Korea Selatan, Kim Wan-sup.

Artikel lain: YWM Waqaf Hutan, NRES Galak Pemuliharaan & Pemeliharaan Destinasi Ekopelancongan

Advertisement. Scroll to continue reading.

pasaran karbon dua hala

Foto: Bernama

Sesi pertukaran MoU itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dalam satu majlis yang berlangsung di Yongsan, Seoul pada 25 November lalu.

Sementara itu, NRES memaklumkan kerjasama tersebut dijangka membawa manfaat penting termasuk membuka peluang baharu dan tambahan untuk pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta memudahkan pelaburan asing.

“Ia juga memungkinkan pemindahan teknologi, meningkatkan kepakaran teknikal selain memastikan pendekatan yang lebih kukuh dan telus dalam menangani perubahan iklim melalui kerjasama antarabangsa,” maklumnya.

Tambah NRES,  Malaysia kekal teguh dalam usahanya mencapai sasaran iklim di bawah Perjanjian Paris dengan memberi penekanan kepada pembangunan masa depan yang rendah karbon dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta memupuk pertumbuhan mampan dan hijau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd