Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Komited Pastikan Manfaat Tenaga Bersih Diakses Melalui Pendekatan Senegara – PETRA

Malaysia komited dalam memastikan manfaat tenaga bersih mampu diakses oleh semua segmen masyarakat melalui pendekatan senegara (whole-of-nation) yang merangkumi kerjasama antara pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkongsi mengenai Pelan Tindakan Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) yang menekankan pendekatan holistik Malaysia dalam menjayakan agenda peralihan tenaga.

Ia sempena lawatan beliau ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ke-14 (EMM14) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung pada 15-16 Ogos di Peru.

Foto: See Hua Daily News

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beliau juga menyarankan supaya platform ini dimanfaatkan sebaiknya oleh ekonomi APEC untuk mempertingkatkan kerjasama dan kolaborasi dalam kalangan ekonomi APEC dalam menangani cabaran pembekalan tenaga dan menggalakkan pembangunan tenaga lestari.
“Melalui strategi peralihan tenaga yang lestari, adil dan inklusif dengan memanfaatkan teknologi inovatif dan menggalakkan kerjasama awam-swasta mampu mempercepatkan pembangunan tenaga bersih di rantau APEC,” kata PETRA dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: APEC 

Menerusi lawatan tersebut, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Kanan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) serta Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura, Low Yen Ling.

Beliau turut berbincang dengan Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam, Nguyen Hoang Long; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam, Pehin Halbi serta Naib Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Nobuhiro Yoshida.

Foto: Malay Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perbincangan itu merangkumi pelbagai bidang di bawah sektor tenaga seperti pembangunan hidrogen bagi penjanaan tenaga, pembangunan rangkaian CCUS, pembangunan kapasiti dan keupayaan dalam bidang tenaga nuklear, potensi dan kerjasama dalam memperkukuh dan memperluaskan infrastruktur sambungtara elektrik bagi menyokong inisiatif ASEAN Power Grid.
“Ia turut membincangkan mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan persijilan halal oleh Vietnam, pembangunan kapasiti dan pelaburan SME oleh Singapura dan penganjuran Mesyuarat Peringkat Menteri ke-3 Asia Zero Emission Community (AZEC) oleh Malaysia pada tahun 2025,” ujar PETRA.

Pada masa sama, Fadillah mengalu-alukan kehadiran menteri tenaga dari seluruh rantau Asia-Pasifik ke EMM ASEAN selain mengucapkan terima kasih atas sokongan bagi kepengerusian ASEAN – Malaysia pada tahun hadapan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd