Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Capai 82.4% Liputan 5G: Bukti Kejayaan Strategi Kerajaan dan Kerjasama Industri

Malaysia Capai 82.4% Liputan 5G

Malaysia berjaya mencapai 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dalam tempoh masa yang singkat berbanding banyak negara lain hasil perancangan rapi dan pelaksanaan yang berkesan.

Menurut Profesor Madya Ts Dr Leow Chee Yen, Felo Penyelidik Pusat Komunikasi Wayarles, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, kejayaan ini dicapai hasil kerjasama erat antara pihak swasta dan awam dengan sokongan penuh kerajaan, pengawal selia dan pihak berkuasa.

Beliau berkata, antara strategi utama yang digunakan adalah pendekatan gunasama infrastruktur rangkaian atau Network Infrastructure Sharing. Menerusi model ini, syarikat penyedia infrastruktur memberi tumpuan kepada pembinaan rangkaian radio manakala penyedia perkhidmatan rangkaian menggunakan infrastruktur tersebut secara bersama.

“Pelaksanaan dilakukan secara terancang mengikut fasa dan keutamaan dengan memberi tumpuan kepada kawasan berpenduduk tinggi bagi mencapai liputan meluas dalam masa yang singkat,” katanya kepada Borak Daily.

Malaysia Capai 82.4% Liputan 5G

Mengulas mengenai pembangunan infrastruktur, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan 5G di Malaysia melibatkan kerjasama antara kepakaran tempatan dan teknologi luar. Langkah ini membolehkan negara mengembangkan liputan secara pantas dan efisien.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, kesediaan rangkaian 5G dapat mempercepatkan pendigitalan sektor ekonomi yang memerlukan liputan internet mudah alih yang stabil, pantas dan melibatkan kos rendah.

Foto: BERNAMA

Ia turut menyokong pelaksanaan penggunaan teknologi industri seperti automasi, robotik dan kecerdasan buatan yang memerlukan rangkaian dengan kepantasan serta kebolehpercayaan tinggi.

“Ketersediaan 5G juga mampu meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelabur luar, khususnya syarikat berasaskan teknologi tinggi untuk membuka fasiliti dan cawangan perniagaan di Malaysia.
“Dalam masa sama, ia menggalakkan pertumbuhan syarikat pemula dan industri tempatan dalam bidang teknologi mendalam,” katanya lagi.

Artikel lain: MCMC, MINDEF Meterai Perjanjian Pembangunan Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, beliau berkata fasa seterusnya akan menyaksikan perluasan liputan melebihi 90 peratus menjelang tahun 2027.

Selain itu, pelaksanaan rangkaian 5G kedua juga akan dilakukan bagi meningkatkan prestasi internet mudah alih bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

Langkah ini turut dijangka mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian 4G yang sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd