Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia-Australia Sedia Perkukuh Kerjasama Pertahanan, Sama Ada Bilateral Atau Multilateral – Khaled

Malaysia dan Australia sedia perkukuh kerjasama pertahanan sama ada dari segi bilateral atau multilateral pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malaysia-Australia sedia perkukuh kerjasama pertahanan

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau berkata kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara meliputi soal kesedaran domain maritim, perkongsian maklumat dan bidang kerjasama.

“Kita akan membincangkan langkah-langkah untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, baik dari segi bilateral mahupun multilateral, termasuk dalam soal kesedaran domain maritim, perkongsian maklumat dan bidang kerjasama masa depan,” katanya hari ini.

Malaysia-Australia sedia perkukuh kerjasama pertahanan

Mohamed Khaled berkata demikian sebaik tiba di Melbourne, Australia untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari dimana ia adalah kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan tahun lalu.

Artikel lain: Kes Buli UPNM: Tambah CCTV, ‘Roll Call’ Lebih Kerap – Khaled

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketibaan Ahli Parlimen Kota Tinggi itu disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Canberra, Kol. Mahamad Fazli Mat Idris di Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine, Melbourne jam 10.50 pagi waktu tempatan.

Difahamkan, ketika lawatan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles sebelum kedua-duanya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) keempat.

“Mesyuarat HLC MAJDP melibatkan kepimpinan tertinggi kementerian pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua buah negara,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sukan

Pemain beregu campuran utama negara, Toh Ee Wei bertekad untuk kembali lebih kuat selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd