Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Malaysia Bina Semula Masjid Muhammad Al Amin Selepas Musnah Dibom

Meskipun telah musnah akibat dibedil tentera Israel, namun ia tidak sesekali memadamkan semangat Malaysia bina semula Masjid Muhammad Al Amin selepas dibedil tentera Israel.

Menurusi laporan Utusan Malaysia, Muslim Care Malaysia (MCM) akan melakukan mengumpul semula dana bagi ‘menghidupkan’ semula masjid tersebut untuk memudahkan rakyat Palestin beribadah.

Malaysia bina semula Masjid Muhammad Al Amin

Artikel lain: Ribuan Sertai Himpunan Di New York, Tanda Sokongan Kepada Palestin

Difahamkan juga, dana kecemasan berjumlah RM100,000 yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia akan diserahkan sebagai bantuan segera kepada Palestin yang kini sedang diambang peperangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut presiden MCM, Zulkifli Wahijan, walaupun sedih atas kemusnahan masjid tersebut tetapi tidak mematahkan semangat pihaknya untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.

“Satu masjid mereka (Zionis) runtuhkan, 10 masjid kita bangunkan… InsyaAllah. Untuk situasi mendesak ketika ini, kami akan salurkan segera RM100,000 untuk rakyat Palestin melalui Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh yang berpusat di Gaza,” katanya.

Sekadar info, Masjid Muhammad Al Amin telah dibina pada Oktober 2013 dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza.

Masjid tersebut dapat menampung kapasiti 1,000 jemaah dengan kos keseluruhan kira-kira RM1.4 juta di Khan Younis, selatan bandar Gaza dengan dana hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, pada 7 Oktober 2023 Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak boleh digunakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Fitri Nizam)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd