Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Majlis Ulama UMNO Kesal Sikap Abdul Hadi Berpolitik, Boleh Cetus Naratif Perpecahan 1980-an

Tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai ‘lebih dajal daripada dajal’ disifatkan boleh mengulangi siri pertembungan tajam antara penyokong dan ahli parti tersebut dan UMNO awal 80-an.

Menerusi satu kenyataan, Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Abdul Hadi.

Foto: BH Online

“Naratif politik sebegini akan mengulangi siri pertembungan tersebut menerusi cetusan amanat-amanat dan ucapan-ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019.
“Politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi baru masyarakat Malaysia,” kata MUU hari ini.

MUU turut mengajak semua pihak khususnya para alim ulama menghiasi dan memakmurkan politik demokrasi Malaysia dengan akhlak Islam dengan menjunjung peringatan Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 11.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa UMNO yang rosak bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda utama bagi menegakkan serta mempertahankan kerajaannya.

Foto: FB Abdul Hadi Awang

“Mereka membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya menyokongnya, pada masa yang sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi.
“Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang. Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajjal yang tidak memungut cukai,” dakwa Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau mendakwa, PH menipu dengan slogan Rahmah yang dilaksanakannya, walhal ia merujuk sifat Allah Yang Maha Rahmah yang rahmat-Nya melimpah-ruah.

Malah, Abdul Hadi turut mendakwa politik dajal turut digunakan dalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Betapa politik Dajjal menjadi senjata lama yang merosakkan UMNO terus digunakan lagi dengan tenaga perasuah dan penerima rasuah.  Kini, mereka berkeliaran dalam PH yang menjadi kerajaan berkuasa dan dijadikan tempat pergantungan makhluk perosak sepanjang zaman.
“Dua sifat yang ada pada Dajjal dalam dirinya, iaitu pembohong dan menggoda dengan kesenangan hidup dunia tanpa sempadan halal dan haram.
“Kedua-dua ciri ini telah merosakkan perjuangan asal UMNO demi agama, bangsa dan tanah airnya sehingga menyebabkan ramai kepimpinannya telah meninggalkan UMNO,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd