Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Majikan Kongsi Rakaman CCTV, Puji Sikap Baik Pekerja – “EL Pun Datang Office Dulu Selesaikan Kerja”

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang majikan berkongsi sikap baik pekerjanya yang tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang majikan dikenali sebagai Shazul berkongsi rakaman cctv memaparkan seorang pekerjanya tetap masuk ke pejabat biarpun sudah memohon cuti kecemasan kerana masih mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Puji sikap baik pekerja

majikan Puji sikap baik pekerja

“Seorang staff nak EL harini sebab nak hantar ayahnya berubat, tapi subuh-subuh dia WhatsApp nak datang office dulu selesaikan kerja.
“Baru tenang dia nak cuti harini katanya. Alhamdulillah dapat pekerja yang baik dan bertanggungjawab,” ciapan Shazul, semalam.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana diberi pekerja yang amanah dan berjanji akan sentiasa menjaga kebajikannya.

“Betul tu, syukur sangat-sangat dapat pekerja macam ini.
“Insya-Allah mana yang terbaik syarikat akan lakukan untuk dia, kami jaga seperti anak sendiri,” kongsinya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai respons positif daripada warganet dan rata-rataya memuji kredibiliti lelaki itu dalam memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Staff dan anak yang baik

Satu dalam sejuta

Jaga dia baik-baik

Artikel lain: 18 Tahun Berkhidmat, Majikan Sebak Hantar Pulang Pekerja Bangladesh

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 18,300 tanda suka dan meraih sebanyak 341 komen di platform Threads.

Sumber: Threads shazul_khuzairi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd