Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MAIWP Sedia Latihan Kemahiran, Komited Beri Bantuan Kepada Pelajar IKB

Institut Kemahiran Baitumal (IKB), institusi latihan kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melaksanakan pengambilan pelajar baharu 2025 pada 30 September lalu.

Kewujudan IKB merupakan salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya di Malaysia.

Apakah syarat dan proses kelayakkan masuk IKB?

Syarat kelayakan untuk memohon belajar di IKB haruslah berwarganegara Malaysia serta terbuka kepada lelaki dan wanita berumur antara 18 sehingga 35 tahun yang memiliki tahap akademik minimum (Darjah 6).

Seterusnya, proses pemilihan pelajar baru akan dinilai dari segi pendapatan ketua keluarga yang memenuhi had kifayah ditetapkan serta menguasai 3M iaitu iaitu membaca, menulis dan mengira selain lulus subjek Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (bagi permohonan program Sijil Kejuruteraan Elektrik).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keutamaan juga diberi kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40 serta sihat tubuh badan dan emosi.

MAIWP menyediakan dua bentuk pembiayaan dan sokongan

MAIWP menyediakan dua bentuk pembiayaan dan sokongan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian selain keperluan dan kemudahan latihan disediakan secara percuma.

Malah selepas pelajar menamatkan pengajian, pihak MAIWP akan memberi bantuan modal untuk memulakan perniagaan bagi lepasan pelajar IKB.

Bukan itu sahaja, sepanjang pengajian pelajar disediakan penginapan termasuk makan dan minum, pakaian korporat dan teknikal, peralatan dan bahan latihan serta elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program yang ditawarkan IKB

IKB mempelawa semua lepasan pelajar dan belia yang ingin melanjutkan pengajian dalam Program TVET di peringkat sijil bagi enam program ditawarkan.

Antaranya Sijil Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita (RFPW), Sijil Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki (RFPL), Sijil Perkhidmatan & Penyajian Makanan (PPM), Sijil Kejuruteraan Elektrik (KJE), Sijil Teknologi Binaan Bangunan (TBB) dan Sijil Senireka Grafik Komputer (SGK).

Artikel lain: MAIWP prihatin, salur bantuan kewangan kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Setapak

IKB ditubuhkan pada tahun 1991 yang telah menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi masyarakat Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia berperanan besar dalam menyediakan peluang mengikuti latihan kemahiran yang tersusun kepada kalangan belia asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Lokal

Polis percaya wanita yang mayatnya ditemui dalam beg dan ditanam dekat sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, kemungkinan meninggal dunia di Ampang,...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd