Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAIS Tarik Tauliah Mengajar Don Daniyal, Empat Individu Lain

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan pihaknya telah tarik balik tauliah mengajar yang diberikan kepada pendakwah selebriti Don Daniyal Don Bijayad.

Memetik laporan Malaysiakini, tauliah mengajar Don Daniyal yang ditarik balik itu berkuat kuasa pada Julai lalu dan ia  oleh disahkan Exco Agama Islam Selangor Mohammad Fahmi Ngah.

MAIS tarik tauliah mengajar Don Daniyal

MAIS Tarik Tauliah Mengajar Don Daniyal

Foto: Sinar Harian

“Sahih,” katanya ringkas melalui balasan di aplikasi Whatsapp.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping surat pemberitahuan memaparkan penarikan balik tauliah mengajar Don Daniyal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Don Daniyal pernah dilanda kontroversi susulan ceramahnya yang disyaki membawa kepada pelanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Artikel lain: Bekas Kenalan Lelaki Cikgu Istiqomah Disambung Reman Tujuh Hari

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan atau tidak mengundang penceramah itu untuk mengajar di premis masing-masing pada Jun lalu.

MAIS Tarik Tauliah Mengajar Don Daniyal

Selain Don Daniyal, surat berkenaan juga menyenaraikan empat individu lain yang turut ditarik balik tauliah iaitu Mohd Shahabudin Md Yatim, Mohd Udzair Mohamad Zaid, Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd Norhisyham Tuan Padang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Surat tersebut turut memaklumkan agar semua masjid dan surau di negeri itu tidak mengundang individu-individu terbabit untuk mengajar.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd