Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Main Sorok-Sorok, Dua Beradik Maut Terperangkap Dalam Peti Sejuk Beku

Dua kanak-kanak dilaporkan maut selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku ketika bermain sorok-sorok di rumah mereka di Vista Hermosa, Colombia pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Saori Guevara Tiller, 8, dan adiknya, Darien, 5, dikejarkan ke hospital selepas ibu bapa mereka menemui kedua-duanya tidak sedarkan diri di dalam peti sejuk beku itu kira-kira jam 7 malam.

Berdasarkan laporan, ibu bapa mereka keluar selama kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan sebelum pulang dan menyedari kedua-dua anak mereka tiada di dalam rumah.

Pasangan itu kemudian mula mencari sebelum menemui anak mereka di dalam peti sejuk beku tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa mangsa, namun kedua-dua kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, bapa mangsa, Brayan Guevara Trivino berkata, peti sejuk beku di rumah mereka sebenarnya tidak disambungkan kepada wayar elektrik ketika kejadian berlaku.

Dia percaya kedua-dua anaknya mati akibat lemas selepas penutup peti sejuk itu tertutup secara tidak sengaja ketika mereka bermain.

“Kami keluar membeli barangan dapur dan mencari sehelai baju kecil yang mereka perlukan untuk perarakan ketika mula bersekolah.
“Kami keluar kira-kira 20 minit sahaja. Peti sejuk beku itu tidak disambungkan kepada elektrik.
“Anak-anak masuk ke dalamnya untuk bermain. Penutupnya kemudian terjatuh dan tertutup, menyebabkan mereka lemas,” katanya kepada akhbar Colombia, El Tiempo.

Brayan berkata, anak-anaknya sering bermain permainan sorok-sorok di rumah dan dia bersama isterinya mula mencari mereka selepas menyedari kedua-duanya hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu mangsa, Karen Tiller Pana turut meluahkan kesedihan menerusi satu hantaran di media sosial bersama gambar anak-anaknya.

“Terima kasih anak-anakku kerana memberikan kegembiraan terbesar dalam hidupku sepanjang lapan tahun ini.
“Terima kasih kerana memilihku sebagai ibumu. Ia pengalaman paling indah yang pernah aku lalui, terima kasih atas semua yang kita kongsi bersama.
“Tidak lama lagi kita akan bersama kembali. Masa terasa begitu singkat tetapi kenangan akan kekal lama. Kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaanku. Aku menyayangi kalian sebaik mungkin, dan hanya Tuhan yang tahu mengapa Dia mengambil kalian.
“Terima kasih atas setiap detik yang kita lalui bersama. Kalian akan sentiasa berada di dalam hatiku selagi hayat dikandung badan,” ujarnya.

Sumber: Daily Mail

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Dunia

Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah atau work from home (WFH) untuk penjawat awam satu hari seminggu bermula 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan...

Sosial

Satu detik penuh bermakna berlaku di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru apabila individu didakwa sebagai staf kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Lokal

Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran bagi semua penjawat awam negeri, berkuat kuasa mulai minggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd