Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mahu Tingkatkan Kesedaran, G-Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Anti Dadah

Penyanyi popular K-Pop, G-Dragon dikhabarkan mahu tubuhkan Yayasan Anti Dadah selepas kontroversi yang berlaku pada dirinya, sebelum ini.

Menurut laporan Kimchi Daily, hasrat tersebut tercetus apabila dia mahu memberi kesedaran kepada golongan belia mengenai keburukan aktiviti penyalahgunaan barangan tersebut untuk kesihatan.

“Melalui kejadian ini, saya mendapat tahu bahawa terdapat orang yang terdedah kepada dadah dan memerlukan rawatan. Saya akan mencipta sesuatu yang boleh membantu mereka mendapatkan rawatan. Saya juga mahu mewujudkan masyarakat di mana semua orang boleh dihormati dan menerima layanan yang adil.
“Saya dapat mengatasi insiden ini dengan tenang, terima kasih kepada VIP atas sokongan kamu, jadi saya ingin membuat sumbangan pertama dengan tubuhkan yayasan saya di bawah nama anda,” ujarnya.

Terdahulu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong disahkannegatif dadah selepas membuat ujian mudah bersama pihak berkuasa.

G-Dragon telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon selama kira-kira empat jam berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kimchi Daily

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd