Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mahu Perjuang Nasib Rakyat, PN Umum Lima Portfolio Baharu ‘Kabinet Bayangan’

Bagi menyelaraskan pengurusan gabungan sebagai pembangkang di Parlimen dalam memperjuangkan nasib rakyat, Perikatan Nasional (PN) umum lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam ‘Kabinet Bayangan’.

Menurut laporan Sinar Harian, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan perubahan serta penambahan yang dilakukan mengikut kepada kedudukan kabinet sedia ada.

PN umum lima portfolio baharu

Artikel lain: Sanusi Harap Tiada Lagi Ahli Parlimen PN Beri Sokongan Pada PM

“Kita semua sedia maklum bahawa isu yang paling besar dalam negara adalah seperti kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit, pencen penjawat awam dan pendakwaan politik.
“Memandangkan mesyuarat pertama penggal ketiga sidang Dewan Rakyat bermula 26 Februari ini maka kita mahu bersedia dengan lebih awal supaya kita dapat kemukakan bukan hanya soalan tetapi juga membawa masalah rakyat dan kita akan perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat Ke-15 di ibu pejabat PN dekat sini pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Portfolio Ekonomi, Portfolio Digital, Portfolio Pengajian Tinggi, Portfolio Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Portfolio Wilayah Persekutuan antara lima portfolio baharu yang diperkenalkan.

Dalam pada itu, terdapat lima pertukaran portfolio bagi Portfolio Belia dan Sukan, Portfolio Pelancongan, Portfolio Undang-Undang dan Reformasi Parlimen dan Portfolio Kerja Raya.

Tambah Hamzah, pihaknya mahu memberi fokus sepenuhnya isu yang berbangkit terutamanya kos sara hidup kian meningkat sehingga membebankan rakyat.

“Kerajaan sudah berjanji untuk menyelesaikan isu ini dalam masa dua minggu, namun sudah hampir dua tahun masalah ini (masih) tidak dapat diselesaikan lagi,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd