Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mahu Hidup Selama-Lamanya, Jutawan Sanggup Telan 80 Pil Setiap Hari

Seorang jutawan teknologi yang dikenali sebagai Bryan Johson mendedahkan dia mengambil 80 jenis pil pada setiap hari untuk menggelakkan proses penuaan seperti manusia lain.

Menurut laporan Mirror, jutawan yang berusia 45 tahun itu telah mengamalkan diet yang ketat demi memastikan kesihatannya terus terjamin demi meneruskan kehidupan.

Malah, dia mahu hidup seperti usia 18 tahun dengan mengamalkan pengambilan 80 pil vitamin serta mineral setiap hari.

Bukan itu sahaja, dia telah membelanjakan sebanyak AS$2 juta (RM9.15 juta) setahun khas untuk kos dietnya serta melantik pakar yang bertanggungjawab memantau organnya menerusi ‘Project Blueprint’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dia juga akan menjaga pemakanannya dengan mengambil puri sayuran, susu badam, kacang dan buah beri serta 1,977 kalori setiap hari. Tambahan pula, dia akan tidur seawal jam 8.30 malam.

“Saya tak merancang untuk mati,” ujar Johnson.

Sumber: Mirror (Benjamin Lynch)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd