Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahu Cari Duit Lebih Sambut Raya, Dua Lelaki Berpuasa ‘Kantoi’ Beli Nombor Ekor

Dua lelaki beragama Islam masing-masing berusia 52 dan 63 tahun dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana membeli nombor ekor di sebuah premis judi, semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, kedua-dua lelaki berusia 52 dan 63 terbabit menyatakan alasan kononnya mahu mencari duit lebih untuk persiapan hari raya Aidilfitri dalam operasi Operasi Perangi Jenayah Syariah (PERJASA).

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-duanya ditahan ketika sedang ‘syok’ membeli nombor ekor di kaunter premis judi tersebut.

“Hasil soal siasat kedua-dua individu tersebut mendakwa mereka tidak bekerja dan tinggal di kawasan berhampiran.
“Mereka ini memberikan alasan ingin mencuba nasib bagi mendapat duit lebih untuk persiapan hari raya Aidilfitri,” katanya semalam.

Che Sukri berkata, bagaimanapun mereka yang ditahan mengakui menjalani ibadah puasa selain telah diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (Berjudi).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd