Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Tolak Permohonan Fahmi, Kerajaan Batal Saman RM1 Bilion Isu Perjanjian Menara KL

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa menolak permohonan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan kerajaan untuk membatalkan saman bernilai RM1 bilion yang difailkan oleh Hydroshoppe Sdn Bhd serta anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) berhubung penamatan perjanjian pengendalian Menara Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati wujud isu-isu yang memerlukan perbicaraan penuh.

Foto: Harian Metro

Namun begitu, mahkamah membenarkan permohonan tiga syarikat lain iaitu LSH Service Master Sdn Bhd, LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd untuk membatalkan saman yang sama terhadap mereka.

Dalam penyataan tuntutan, Hydroshoppe dan MKLSB memohon agar Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa perjanjian konsesi yang dimeterai pada 2022 masih sah dan mengikat kerajaan

Foto: Carian Google

Mereka juga merayu agar mahkamah mengesahkan hak mereka untuk terus mengendalikan konsesi Menara Kuala Lumpur selama 30 tahun bermula 31 Disember 2022, serta mendakwa kerajaan telah melakukan pecah amanah apabila memberikan kontrak itu kepada pihak lain.

Selain itu, kedua-dua syarikat turut memohon pengisytiharan bahawa Perkhidmatan LSH dan syarikat induknya telah melakukan tort mendorong dan memperoleh pelanggaran terhadap perjanjian konsesi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd