Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mahathir Saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi RM150 Juta

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ucapan beliau di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Pelaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Dr Mahathir memfailkan saman berjumlah RM150 juta atas dakwaan bahawa beliau mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.

Dr Mahathir juga mendakwa kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot hart harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.

Tuntutan saman berkenaan difailkan beliau di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan dan merosakkan reputasi serta imejnya.

Antara sembilan tuntutan yang dikemukan oleh Dr Mahathir berdasarkan writ saman yang dikongsikan oleh peguamnya adalah seperti berikut;

i. Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.
ii. Sejumlah Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.
iii. Perintah bahawa defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua dan setiap satu kenyataan-kenyataan defendan tersebut.
iv. Perintah bahawa defendan menyebabkan kesemua perkongsian kenyataan- kenyataan tersebut di semua platform media sosial dan/atau media elektronik cetak yang telah tertular tersebut dipadam dengan serta-merta, yang mana telah dikongsi oleh pengguna-pengguna lain di atas kesalahan defendan sendiri.
v. Perintah bahawa defendan hendaklah membuat permohonan maaf secara bertulis kepada anak guam kami tanpa syarat dan secara terbuka termasuk dengan aku janji bahawa defendan tidak akan sama sekali membuat apa-apa kenyataan dan/atau kenyataan lanjut yang menyentuh berkenaan reputasi dan integriti plaintif, dan permohonan maaf dan aku janji tersebut hendaklah tertakluk kepada kepuasan dan/atau dipersetujui oleh defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
vi. Perintah bahawa defendan mengadakan satu sidang media khas sempena permohonan maaf dan aku janji kepada plaintif tersebut dan menyatakan serta memberi aku janji seperti mana yang dinyatakan di pperenggan (iv) di atas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini;
vii. Faedah ke atas ganti rugi di atas pada kadar lima peratus setahun dari tarikh writ saman ini difailkan sehingga penyelesaian penuh terhadap defendan;
viii. Kos tindakan ini ditanggung oleh defendan.
ix. Relif-relif lanjutan yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Sumber: Astro Awani (Harits Asyraf Hasnan)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Harga minyak mentah melonjak pada Isnin dalam dagangan pasaran Asia susulan pergolakan di Asia Barat selepas serangan ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel ke...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki cina dikenali sebagai Henry Ong berasa teruja apabila merasai pengalaman baharu berbuka puasa di masjid. Rasai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd