Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Mahasiswa boleh jadi aktivis, jangan jadi macai..”- Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Dialog Anak Muda – Temu Anwar yang berlangsung semalam menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

“Saya hendak pastikan Kerajaan Perpaduan dengan warga Madani (tidak akan menyekat) sekiranya sesiapa ingin bercakap tentang perjuangan (mahasiswa),”ujarnya.

Katanya, kerajaan yang diterajui dibawah kepimpinan beliau tidak akan menyekat suara mereka selagi mana tidak meyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sekiranya pihak-pihak tertentu menyentuh sensitiviti atau membangkitkan isu perkauman mahupun agama demi kepentingan, maka mereka akan berdepan dengan tindakan tegas.

Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan kepentingan tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“(Mahasiswa) boleh jadi aktivis (perjuangkan hak mahasiswa) tetapi jangan jadi macai (atau) walaun.
“Tetapi kalau permainkan kaum dan agama (saya ulangi) akan ambil tindakan tegas,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengimbau sejarah peribadinya yang terlibat dalam arena politik ketika masih bergelar mahasiswa sehingga dimasukkan ke dalam penjara.

Justeru itu, beliau tidak menghalang sekiranya golongan mahasiswa mahu memperjuangkan hak mereka selagi tidak bercanggah dengan hal sensitiviti agama atau perkauman.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd