Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lucinta Luna Menyesal Buat Pembedahan Plastik -“Rasa Berdosa, Terlalu Mengikut Nafsu”

Nama penyanyi dan personaliti media sosial Indonesia, Lucinta Luna kerap menjadi bualan ramai termasuklah di Malaysia.

Mana tidaknya, dia pernah mencipta kontroversi apabila sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata memastikan wajahnya seiras dengan bintang terkenal antarabangsa seperti salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jiso dan rupa artis Korea Selantan, Wonyoung.

Ini termasuklah menjalani pembedahan membuang halkum bagi menghilangkan suara garaunya sebagai seorang lelaki di salah sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, dia juga telah banyak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya semata-mata untuk menampakkan dirinya seperti seorang wanita yang sebenar sehingga sanggup menghabiskan duit jutaan ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, Lucinta Luna mendedahkan dia rasa menyesal membuat pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya kerana terlalu taksub untuk menjadi seorang wanita yang cantik.

“Saya salah seorang yang mengikut nafsu. Dosa atau tidak itu adalah urusan saya dengan Tuhan. Saya sudah pergi sejauh ini. Saya bagaikan tidak sedar kerana mahu kelihatan cantik. Sekarang saya menyesal,” katanya menerusi temu bual dengan Denny Sumargo di saluran YouTube miliknya.

Jelasnya lagi, ketika mahu buat pembedahan dia tidak dapat berfikir panjang untuk mengubah dirinya walhal pada awalnya dia hanya mahu mendapatkan nasihat doktor sahaja.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd