Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LTAT Umum Pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif Baharu Bermula 1 April

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu manakala Ketua Pegawai Kewangannya Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif bermula 1 April ini.

Menerusi satu kenyataan, Azizan mempunyai pengalaman 40 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pernah memegang banyak jawatan penting antaranya Panglima Operasi Udara dan Timbalan Panglima Tentera Udara.

“Beliau mencipta sejarah menjadi Panglima Angkatan Tentera pertama daripada Tentera Udara Diraja Malaysia. 
“Latar belakang beliau yang luas dalam hal ehwal ketenteraan, diplomasi, dan pembangunan kepimpinan akan menjadi memainkan peranan penting dalam membimbing LTAT ke arah objektif strategiknya.
“Pada masa sama, meningkatkan peranan dalam menjaga kebajikan anggota ATM dan keluarga mereka,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Azizan mendapat pendidikan ketenteraan dari Air Command and Staff College (USA) dan National Defence College (India) serta mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia, selain menerima kelayakan menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia pada 7 Julai 1977.

Sementara itu, Mohammad Ashraf pula yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional merupakan akauntan bertauliah dan telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan LTAT sejak empat tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan kecekapan dalam menguruskan hal ehwal kewangan, memimpin perangkaan strategi kewangan dan memastikan kepatuhan kepada prinsip-prinsip kebertanggungjawaban kewangan di LTAT.
“Kepimpinan beliau telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada agenda transformasi organisasi yang berjaya memulihkan dividen kepada tahap yang mampan serta meningkatkan kedudukan kewangan secara keseluruhannya,” ujarnya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd