Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

LTAT Perjelas, Pelan Penstrukturan Semula Tidak Batal Tetapi Diperhalusi

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan bahawa pelan penstrukturan semula yang dirujuk di Parlimen semalam tidak dibatalkan.

Ia sebaliknya diperhalusi untuk menangani cabaran semasa dan peluang yang muncul selaras dengan situasi pasaran terkini.

Menerusi kenyataan LTAT, pelan penstrukturan baharu ini mencerminkan kepekaan dan daya tindak LTAT serta Kementerian Pertahanan dalam menangani isu kestabilan kewangan, mengurus liabiliti, mempelbagaikan pelaburan.

Malah, ia juga bagi membina portfolio yang kompetitif serta mampan demi kepentingan semua pihak pemegang taruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

LTAT juga menegaskan bahawa inisiatif pelupusan aset adalah langkah strategik, bukannya penyelesaian jangka pendek.

“Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap pelaburan dalam Boustead-Affin dan selaras dengan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menggesa LTAT untuk mempelbagaikan portfolio.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd