Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LRT Laluan Ampang, Putra Heights Ke Masjid Jamek Kembali Normal Mulai Februari

Penumpang LRT dari arah laluan Ampang dan Sri Petaling boleh meneruskan perkhidmatan ke stesen Masjid Jamek bermula 1 Februari sehingga 16 Februari ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan para penumpang laluan berkenaan tidak perlu turun di stesen Hang Tuah bagi mendapatkan tren perantara ke Stesen Masjid Jamek.

Bagaimanapun, para penumpang perlu mendapatkan perkhidmatan bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Jamek dan Stesen Bandaraya.

“Dalam tempoh yang sama, pihak Rapid KL akan menjalankan operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya, sebagai persiapan sebelum pembukaan semula laluan ini kepada pengguna,”petik kenyataan.

Artikel lain: ‘Destinasi Soul Station Oleh Rapid KL’ Galak Orang Ramai Naik Pengangkutan Awam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rapid KL berkata, pelaksanaan operasi percubaan akhir dijalankan sebagai tujuan mematuhi piawaian operasi dalam langkah untuk memastikan keselamatan pengguna dan kebolehpercayaan sistem rel.

Pembukaan laluan tersebut akan dibuka sepenuhnya pada penghujung Februari 2024 dan segalanya bergantung kepada penilaian serta kelulusan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, kerja-kerja baik pulih struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya telah selesai sepenuhnya. Ini termasuklah penukaran beberapa komponen landasan di sekitar kawasan terlibat.

“Dengan pembukaan semula laluan ini kelak, ianya akan dapat mengembalikan keselesaan pengguna dan jumlah penumpang akan dapat ditingkatkan kerana penumpang tidak perlu lagi menukar tren atau menggunakan khidmat bas perantara,”katanya.
LRT

Kerja baik pulih struktur jejambat LRT berhampiran Stesen LRT Bandaraya giat dijalankan. – Foto Rapid Rail

Rapid KL akan meningkatkan kekerapan tren pada waktu kemuncak dengan masa menunggu 3.5 minit bagi Daerah Pusat Perniagaan dan tujuh minit bagi luar Daerah Pusat Perniagaan.

LRT

Terdahulu, laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya ditutup sejak 27 Januari 2023 akibat kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd