Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lisa Terkejut YG Entertainment Umum Blackpink Bakal Buat Konsert Tahun Depan?

Bintang K-pop, Lisa dari kumpulan Blackpink menunjukkan reaksi yang mengejutkan apabila ditanya mengenai pengumuman konsert dunia kumpulan itu yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Dalam temu bual eksklusif dengan majalah Billboard, LISA kelihatan agak skeptikal dan membalas dengan nada yang meragukan apabila ditanya mengenai pengumuman yang dibuat oleh YG Entertainment untuk mengadakan konsert dunia Blackpink.

“Oh, itu yang mereka katakan?” kata Lisa.

Pengarah LLOUD, Alice Kang, turut menambah ketidakpastian dengan menyatakan mereka perlu menunggu pengesahan rasmi daripada YG Entertainment.

Foto: Instagram Blackpink Official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun bagaimanapun, Lisa tetap menyuarakan keseronokannya untuk bergabung semula dengan ahli Blackpink yang lain iaitu Rosé, Jennie, dan Jisoo untuk aktiviti kumpulan pada tahun 2025.

Isu berlaku ketika Lisa sedang sibuk dengan projek solonya, termasuk single hits Billboard Hot 100 ‘Rockstar’ dan ‘New Woman’ berkolaborasi dengan Rosalía.

Foto: Instagram LISA

Pengumuman tersebut juga muncul ketika Lisa dalam persiapan untuk melancarkan album solonya yang dijangka akan mengejutkan para peminat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, ahli Blackpink yang lain turut fokus dengan projek solo masing-masing dimana Rosé sedang menyiapkan album solonya bertajuk ‘Rosie’, manakala Jennie baru sahaja mengeluarkan single ‘Mantra’, dan JISOO sedang fokus kepada projek lakonan di Korea.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, Yang Hyun-suk dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Blackpink akan membuat kemunculan semula serta konsert besar mengelilingi dunia.

Sumber: YouTube BillBoard Korea

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd