Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Sekeluarga Mangsa Hanyut Dikenal Pasti, Dua Lagi Masih Belum Ditemui

Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun berhampiran sebatang anak sungai di Seri Kembangan, Serdang semalam dikenal pasti sebagai warga Indonesia.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata, terdapat mangsa yang selamat iaitu Ahmad Suriadi (bapa), 40, dan anaknya Mohd Alif, 9.

Foto: FB Polis Daerah Serdang

“Mangsa yang ditemukan lemas ialah anak sulung pasangan itu, Mohd Diham Ahmad Suriadi, 10, manakala yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsu Riska Amelia, 4,” katanya malam tadi.

Beliau juga berkata, menurut laporan bapa daripada keluarga tersebut, mereka sekeluarga pergi ke kawasan berkenaan untuk menjala ikan bagi mendapatkan pendapatan tambahan ketika hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada kira-kira 5 petang, datang air deras dari saliran monsun berhampiran menyebabkan mereka dihanyutkan hingga ke anak sungai yang berkedalaman 1.2 meter.
“Bagaimanapun, Ahmad Suriadi dapat menyelamatkan diri sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pertolongan manakala anak keduanya, Mohd Alif, sempat menyelamatkan diri dengan naik ke sebelah kanan longkang berhampiran sebelum ditemukan oleh orang awam pada 5.30 petang,” ujarnya.

Foto: Bernama

Anbalagan memberitahu, mayat Mohd Diham ditemukan berada pada satu kilometer dari lokasi mereka terjatuh kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang masih hilang sedang dijalankan.

Sementara itu, siasatan awal polis mendapati Ahmad Suriadi sudah bermastautin di Malaysia hampir 10 tahun dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

“Mangsa memaklumkan sudah beberapa kali ke lokasi kejadian untuk memancing dan hasil tangkapan akan dijual bagi mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki terbabit cedera sedikit akibat terkena pokok namun tidak serius manakala anaknya yang terselamat tidak mengalami kecederaan,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Daerah itu juga berkata, lokasi kejadian arus deras tersebut bukan tempat bagi melakukan aktiviti memancing namun ada inividu yang datang ke situ untuk menangkap ikan.

Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd