Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Restoran Terkenal Bukan Pemegang Sijil Halal – JAKIM

Semakan status halal dijalankan terhadap premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati kelima-lima restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Malaysia (SPHM).

Foto: KLFoodie

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, semakan dibuat berdasarkan sistem MYeHalal Jakim setelah menjawab persoalan berkenaan status halal premis makanan tersebut.

Foto: Laman web Johnny’s

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.
“Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya hari ini.

JAKIM telah memberikan makluman semula kepada individu yang mengajukan pertanyaan melalui e-mel pada 2 September lalu, jam 11.36 malam, iaitu pada hari sama.

Kenyataan JAKIM tersebut menyatakan pengguna boleh melakukan semakan berkenaan sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.

Manakala orang ramai boleh mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Sumber: Facebook JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd