Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Pertimbang Lesen Mendulang Emas Untuk Pelancong Luar

Kerajaan Kelantan sedang mempertimbangkan cadangan bagi membenarkan pelancong luar negeri mendapatkan lesen khas untuk mencuba aktiviti mendulang emas secara tradisional.

Beri lesen mendulang emas kepada pelancong

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata inisiatif itu bertujuan menambah tarikan pelancongan serta memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman unik yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat tempatan.

mendulang emas

Foto: BH

Artikel lain: Kerajaan Kelantan Miliki Jongkong Emas RM51 Juta, Disimpan Sebagai Aset Negeri

Beliau menegaskan cadangan itu hanya melibatkan aktiviti mendulang menggunakan kaedah tradisional tanpa sebarang penggunaan jentera berat.

“Saya percaya pengalaman mendulang ini mampu menjadi tarikan baharu kepada pelancong kerana tidak semua negeri menawarkan peluang sebegini. Ia bukan bermaksud menutup ruang untuk penduduk tempatan, sebaliknya memfokuskan kepada aspek pelancongan dan pengalaman budaya.
“Pelancong bukan datang untuk mencari emas dalam jumlah besar. Mereka cuma mahu mencuba prosesnya. Kalau ada yang terjumpa emas, itu rezeki terpijak mereka,” katanya.
mendulang emas

Foto: BH

Menurut Kamaruddin, lesen berkenaan juga dirancang untuk diberikan dalam jumlah terhad bagi mengelakkan gangguan kepada pendulang tempatan.

Katanya, cadangan lesen mendulang emas itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, dilaporkan jumlah pendulang di kawasan Hulu Kelantan meningkat sehingga 100 peratus sejak seminggu lalu berikutan jangkaan hasil lumayan.

Walaupun mendulang sudah menjadi tradisi ratusan tahun di negeri itu, kenaikan mendadak jumlah pendulang kali ini dianggap luar biasa.

mendulang emas

Foto: BH

Fenomena tersebut tercetus selepas kerajaan negeri mengumumkan kelulusan aktiviti mendulang emas di tanah kerajaan dengan syarat tertentu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, 10 November lalu.

Bukan sahaja penduduk sekitar, malah orang ramai dari luar daerah serta luar Kelantan termasuk dari Terengganu dan Pahang turut sanggup datang serta menyewa inap desa semata-mata untuk mencuba nasib mendulang di kawasan hulu negeri.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd