Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lepas Konsert Ed Sheeran, Padang SNBJ Akan Diguna Untuk Aksi Kelayakan Piala Dunia Asia

Kontroversi melibatkan padang SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) nampaknya bakal berterusan apabila akan ada lagi satu konsert berskala besar melibatkan artis luar negara, Ed Sheeran yang dijangka berlangsung Februari nanti.

Memetik laporan dari Berita Harian, konsert Ed Sheeran akan berlangsung pada 24 Februari 2024 yang mana sebulan selepas itu pula vanue berkenaan menjadi tempat  aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Oman pada 26 Mac 2024.

Cabaran buat PSM

Perkara tersebut pastinya menjadi cabaran buat Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam memastikan padang dalam keadaan baik dalam tempoh sebulan memadangkan dua acara besar bakal berlaku dalam tempoh tersebut.

Pihak  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pastinya mahu keadaan padang berada pada piawaian tertinggi apatah lagi aksi kelayakan berkenaan membabitkan perlawanan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mungkin ada alternatif lain selain padang SNBJ?

Walau bagaimanapun, pihak FAM difahamkan masih boleh menggunakan alternatif lain dengan menganjurkanaksi kelayakan berkenaan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) ataupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Sebelum ini, PSM telah dihentam teruk apabila padang untuk perlawanan akhir antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) tidak begitu baik selepas berlangsungnya konsert artis antarabangsa, Coldplay.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memuat naik gambar vanue beberapa jam sebelum perlawanan di media sosial.

padang snbj

Artikel lain: Padang SNBJ Kurang Memuaskan? PSM Mohon Maaf -“Tak Cukup Masa Baiki..”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak lama selepas itu, pihak PSM telah membuat permohonan maaf diatas keadaan pasangan kepada kedua-dua pasukan beberapa jam menjelang sepak mula final Liga Super kerana tidak mempunyai cukup masa untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum.

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd