Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Padang SNBJ Kurang Memuaskan? PSM Mohon Maaf -“Tak Cukup Masa Baiki..”

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tampil mohon maaf secara terbuka berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi kenyataan media , hari ini, PSM memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur saingan Piala Malaysia 2023.

PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan beraksi di pentas final Piala Malaysia, esok malam.

mohon maaf SNBJ

Artikel lain: JDT & Terengganu Tak Puas Hati Dengan Padang SNBJ, Gesa Pelihara Hadiah TMJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, PSM komited untuk melakukan penambahbaikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

https://www.facebook.com/stadium.malaysia/posts/pfbid0pU1yUGNSd9r88ugkw1yyHJwp4fYXVKEUFn9fbfjjZ2isc4RfuxXCCLXKAMrqN92Sl

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua finalis Piala Malaysia 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC)  tidak berpuas hati dengan keadaan rumput jenis Zeon Zoysia di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka turut menggesa semua pihak bekerjasama untuk memelihara hadiah pemberian pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, Tunku Ismail turut memuat naik kembali keadaan padang yang kelihatan terjejas di laman sosial milik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ia merupakan kali kedua  dimuat naik selepas konsert Coldplay.

Sebagai rekod, Tunku Ismail menghadiahkan rumput Zeon Zoysia kepada Stadium Nasional yang ditanam tahun ini.

Sumber: FB Perbadanan Stadium Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd