Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tangan Dah Digari, Lelaki Warga Nigeria Gigit Telinga Koperal Hingga Putus

Lelaki Warga Nigeria Gigit Telinga

Lelaki warga Nigeria gigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima, pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kejadian berlaku sekitar jam 10.03 pagi ketika anggota yang berpangkat koperal tersebut sedang membantu membawa suspek yang berusia 38 tahun ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Lelaki terbabit ditahan selepas membuat kacau di sebuah klinik di kawasan tersebut.

“Ketika itu, tangannya sudah bergari di belakang. Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian,”menurut kenyatan hari ini.

Artikel lain: Bella, Tujuh Lelaki Mengaku Salah Belasah Pemuda

Lelaki Warga Nigeria Gigit Telinga

Anggota polis yang tercedera itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, suspek, yang didapati berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah, kini ditahan untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd