Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Tunggang Motosikal Majikan, Dapat Saman Pelbagai Kesalahan

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) di Melaka Raya, semalam.

Tunggang motosikal majikan

Menurut laporan Kosmo! Online, Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu antara 11 warga asing yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

motosikal majikan

Foto: Facebook JPJ Negeri Melaka

Siti Zarina, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan bukan sahaja menunggang tanpa lesen memandu yang sah, malah motosikal digunakan juga mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain kesalahan teknikal lain.

“JPJ turut mengeluarkan saman terhadap pemilik motosikal berkenaan iaitu majikannya serta menyita kenderaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Melaka, Bukit Katil hari ini.
motosikal majikan

Foto: Facebook JPJ Negeri Melaka

Dalam operasi sama, seramai 11 warga asing ditahan terdiri daripada lapan warga Indonesia serta masing-masing seorang warga Syria, Myanmar dan Bangladesh berusia antara 30-an hingga 40-an.

Artikel lain: Siap Bawa Teman Wanita? Kereta GT-R Rupanya Sewa, Disita JPJ Atas Dua Kesalahan

motosikal majikan

Foto: Facebook JPJ Negeri Melaka

Sementara itu, Siti Zarina menjelaskan, keseluruhan 11 kenderaan disita sepanjang operasi tersebut membabitkan sembilan motosikal, sebuah kereta jenis Nazaria dan sebuah pikap Mitsubishi Triton atas tiga kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Sebanyak 55 kenderaan diperiksa dengan 43 notis dikeluarkan di bawah akta sama.
“Pemilik kenderaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan kenderaan mereka dan memberi kebenaran kepada warga asing menunggang motosikal tanpa lesen sah merupakan satu kesalahan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd