Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Selepas Tetak Wanita Sehingga Maut

Seorang wanita maut dipercayai akibat kena tetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini, lapor BH Online.

Memetik laporan, mangsa warga tempatan berusia 42 tahun mengalami kecederaan parah di belakang leher dan bahu, lalu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.10 pagi dan pegawai penyiasat bersama pasukan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Ujar beliau, pasukan forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, turut hadir di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan itu, didapati ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian berkenaan, selain terdapat saksi melihat insiden terbabit

“Dalam kejadian itu, mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan bahu kiri dengan parang sehingga mengalami kecederaan parah.
“Mangsa telah dibawa ke HSJ untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 11.58 pagi tadi. Mayatnya dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

tetak wanita

Artikel lain: Lelaki Parah Ditetak Dua Individu Bertopeng Guna Pedang Di Kedai Nasi Lemak

Susulan itu, pihak polis menjejaki suspek sebelum mereka berjaya menahannya yang merupakan lelaki warga temapatan berusia 29 tahun.

Suspek dikatakan telah menunggang motosikalnya apabila orang awam mengejarnya selepas melihat kejadian terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, motosikal ditunggangnya itu kemudian diletakkan di bahu jalan atas jambatan terbabit sebelum suspek dikatakan terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, suspek berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

https://www.facebook.com/mohamad.nazri.961/videos/1412573816283683/

Suspek kini sedang menerima rawatan di hospital berhampiran,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Nasrina Darus, melalui talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online (Nur Izati Mohamad), FB Mohamad Nazri

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd