Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Down Syndrome Berjaya Besarkan Anak Jadi Seorang Doktor Gigi

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Selagi hayat dikandung badan, tidak ada yang boleh menggantikan nilai kasih sayang kedua insan ini terhadap anak-anak.

 Sebelum ini, pernah tular sebuah cerita yang sangat menyentuh hati dan akan memberi inspirasi kepada kita iaitu kisah kehidupan Sader Issa yang berasal dari Syria.

Sader adalah anak tunggal, dijaga oleh Bapanya, Jad Issa adalah penghidap sindrom down namun ibunya normal yang telah melahirkan Sader sebagai seorang lelaki yang normal.

Meskipun ayahnya menghidap penyakit tersebut, dia mampu memberikan kehidupan sempurna kepada anak lelakinya sama seperti bapa normal yang lain sehingga Sader menjadi seorang doktor gigi yang berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapanya bekerja keras sebagai pekerja di kilang gandum selama lebih 25 tahun. Dengan hasil pendapatan melalui pekerjaan itulah, dia menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Salah satu hal yang sader banggakan apabila ayahnya memperkenalkan dia dengan orang lain dan ayahnya berkata,”anak saya seorang doktor”

Sader berkata, ayahnya merupakan pendukung terbesar dalam pembelajarannya sehingga dia kini berjaya menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

Sumber: News Rebeat (Ashley)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd