Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Mana Anak Saya..” – Lelaki Sebak Kongsi Detik Bantu Mangsa Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Lelaki Sebak Kongsi Detik Bantu Mangsa

Perkongsian seorang pengguna TikTok, Ridhwan Mohamad, mengundang sebak ramai apabila dia menceritakan detik cemas di lokasi kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.

Ridhwan berkata, dia menjadi individu yang terpaksa memaklumkan kepada sepasang suami isteri bahawa bayi mereka sudah meninggal dunia dalam nahas tersebut.

“Masih terngiang-ngiang lagi suara husband and wife tu. Aku yang bagitahu mereka anak mereka dah tak ada selepas didesak beberapa kali.
“Lepas tu viral pula kenyataan mereka di TikTok, rupanya mereka tunggu cahaya mata tu 10 ke 14 tahun. Sedih sangat. Masih terbayang lagi mereka meraung,” katanya sambil menahan sebak.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, dia melihat beberapa kereta remuk teruk sebelum ternampak seorang lagi mangsa di atas rumput yang masih selamat, sementara ambulans masih belum tiba.

“Mak kepada baby tu menangis, tanya macam mana anak saya? Saya terpaksa bagitahu, ‘dah tak ada dah baby tu’.
“Masa tu ibu bayi tu meraung kuat. Hanya Allah je tahu macam mana perasaan bila kena sampaikan berita macam tu,” katanya lagi.

Lelaki Sebak Kongsi Detik Bantu Mangsa

Video perkongsian Ridhwan di TikTok kini meraih lebih 18,000 tanda suka dan 364 komen daripada netizen yang turut meluahkan rasa simpati.

Artikel lain: Tamat Cuti Persekolahan, Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu lori tiga tan membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik JKR, sebuah Honda City dan Proton X70.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi sebelum tiba 11 minit kemudian di lokasi kejadian.

Bayi lelaki tersebut ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan pada 11.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

Sumber: TikTok my.ridhwan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd