Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Pengsan Ketika Jawab ‘Exam’, Gugup Dewan Dipenuhi 500 Pelajar Perempuan

Seorang pelajar dilaporkan pengsan selepas menyedari dia menjadi satu-satunya calon lelaki ketika menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi Kertas Matematik  di Kolej Sharif Allama Iqbal di Bihar, India, pada Rabu lalu.

Memetik laporan Times Of India, situasi tersebut menyebabkan Mani Shankar dari kelas 12 tiba-tiba berasa cemas sebelum pengsan di dewan peperiksaan Brilliant School.

Ibu saudaranya berkata, remaja berusia 17 tahun itu gementar apabila berada dalam kalangan 500 pelajar perempuan sehingga mengalami sakit kepala, demam dan pengsan sebelum dibawa ke Hospital Sadar untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di dewan peperiksaan, dia ruang tersebut dipenuhi dengan pelajar perempuan. Dia meenjadi gementar, bertukar menjadi demam panas sebelum jatuh pengsan,” katanya dalam satu kenyataan oleh portal ANI.

Malah, video ibu saudaranya ditemu bual juga tular di media sosial selain memaparkan Shankar masih dalam keadaan lemah namun stabil di atas katil hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berkenaan membuatkan segelintir netizen meluahkan rasa terhibur, namun ada juga individu masih simpati dengan situasi cemas dialami oleh pelajar terbabit.

Sumber: Times Of India

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd