Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gagal Keluarkan Wang, Lelaki Pecah Beberapa Skrin Mesin ATM Ditahan

Polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 67 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Lelaki pecah beberapa skrin mesin ATM ditahan

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul kira-kira jam 3.21 petang semalam hasil maklumat yang diterima pihak polis.

skrin mesin ATM

Foto: Media sosial

Menurut beliau, dalam tangkapan itu polis turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan ketika kejadian, sebuah motosikal, topi keledar serta seketul batu yang disyaki menjadi objek untuk merosakkan mesin ATM berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek masuk ke dalam ruang kaunter mesin ATM sebelum memecahkan skrin mesin menggunakan batu.
“Soal siasat lanjut mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Basri, dengan penahanan lelaki berkenaan, pihak polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang sebelum ini dilaporkan di sekitar Sentul.

Artikel lain: Lelaki Warga Emas Mengamuk, Pecahkan Pintu Kaca MPTI Guna Tukul Besi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes kini disiasat bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pertuduhan selanjutnya.

skrin mesin ATM

Foto: Media sosial

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah diminta menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Facebook Polis KL

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd