Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki OKU ‘Hilang Nyawa’, Ditembak Di Kepala Ketika Sedang Buat Live TikTok

Seorang lelaki kurang kelainan upaya (OKU) yang duduk di atas kerusi roda ditembak mati secara tragis sewaktu sedang melakukan penstriman langsung di TikTok, lapor dailymail.

Lelaki dikenali Pedro Luis Toala Rezabala, 33,  atau lebih dikenali Lagrimita, dibunuh di Portoviejo, Ecuador, kira-kira jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada 17 Oktober lalu.

Insiden itu dirakama dalam penstriman langsungnya, manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut merakamkan detik terakhirnya selepas ditembak dengan kejam di jalanan.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa duduk di kerusi rodanya selepas keluar dari rumah pada waktu malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga dilihat melukis gambar senjata api ketik dua lelaki tiba dengan menaiki sebuah motosikal sebelum melepaskan tembakan.

Lelaki ketiga, kemudiannya muncul dan melepaskan tembakan di kepala Rezabala dari arah belakang. Mereka kemudiannya melarikan diri.

Dalam rakaman tersebut, Rezabala juga dilaporkan bersama seorang rakannya, namun berjaya melarikan diri  tanpa mengalami kecederaan.

Lelaki OKU ditembak

Artikel lain: Hadir Parti Tertutup, Penyanyi Rap Kumpulan Migos Maut Terkena Tembakan Rambang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pelajar Cemerlang Dari Palestin Maut Dalam Perjalanan Kembali Ke Malaysia

Lelaki OKU ditembak

Menurut laporan, mangsa mempunyai rekod jenayah rompakan, pengedaran dadah, tingkah laku ganas dan memiliki senjata haram.

Sumber: Dailymail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd