Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Maut Selepas Sesi Urut Di Pantai Patong Di Phuket

Seorang lelaki Singapura yang sedang bercuti di Phuket, Thailand dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas menjalani sesi urut seluruh badan di Pantai Patong pada Sabtu lalu.

Menurut media tempatan Thailand, mangsa Lee Mun Tuck meninggal dunia sejurus selepas menerima urutan minyak elama 45 minit ketika mengunjungi Patong Beach.

Foto: Carian Google

Susulan itu, Ketua Polis Patong, Komisioner Chalermchai Hernsawad berkata, pihak polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke lokasi itu sekitar pukul 11.03 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, mangsa berusia 52 tahun itu pada awalnya tertidur semasa rawatan sedang dijalankan hingga mengeluarkan bunyi dengkuran yang kuat.

Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan menunjukkan tanda-tanda kesakitan sehingga nyawanya tidak dapat diselamatkan walaupun kakitangan rumah urut itu cuba memberi bantuan.

Hernsawad menyatakan juga bahawa isteri Lee yang bersamanya di ruang tamu tidak membenarkan pihak berkuasa menjalankan bedah siasat dan membawa mayatnya pulang untuk upacara keagamaan.

Tourists enjoy Patong Beach in Phuket. (Photo: Phuket Public Relations Office)

Foto: Bangkok Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isteri Lee juga memaklumkan pihak polis bahawa suaminya meminum bir sebelum pergi mengurut dan dia tidak mengesyaki kematian berpunca daripada gaya hidupnya yang tidak aktif.

Ini adalah kematian kedua dilaporkan di rumah urut Thailand minggu ini.

Sebelum ini, kes pertama membabitkan seorang penyanyi wanita Thailand yang meninggal dunia selepas menerima urutan leher di sebuah rumah urut di wilayah Udon Thani.

Sumber: The Strait Times 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd